Wednesday, August 11, 2010

PENGAMBILAN PIL KHAYAL...SUATU KEPERLUAN ATAU KEINGINAN?

PENGENALAN
   Kini, isu masalah sosial seringkali dikaitkan dengan amalan gaya hidup seseorang itu sendiri. Gaya hidup seseorang yang mengamalkan pengambilan pil khayal dalam keperluan hariannya akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu menjadi negatif. Pil khayal boleh didefinisikan sebagai sejenis dadah yang boleh melalaikan dan meransang diri untuk melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. Contoh pil khayal ialah pil ekstesi, ia juga dikenali sebagai pil goyang kepala, YAMA, YABA, dan MDMA. Oleh itu, seseorang yang mengambil pil khayal sebagai keperluan harian mahupun untuk cuba-cuba akan menyumbang kepada berlakunya masalah sosial.

    FAKTOR-FAKTOR 
    1. Kurang didikan agama:- agama memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan sikap seseorang individu menjadi negatif. 
    2. Masalah keluarga:- ibu bapa yang sibuk bekerja menyebabkan anak-anak diabaikan dari segi fizikal dan mental. Segala kegiatan anak-anak tidak dipedulikan oleh mereka. Oleh itu, anak-anak akan mencari tempat dan cara yang baru bagi memperoleh ketenangan dan perhatian. 
    3. Pengaruh rakan sebaya:- seseorang akan mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu perkara apabila dicabar oleh rakan-rakan tanpa memikirkan padah yang akan diterima. 
    4. Kurang penguatkuasaan undang-undang. 
    5. Diri sendiri ingin mencuba sesuatu yang baru. 
    6. Sikap masyarakat.

    CARA MENGATASI 

     
         1.  Peranan ibu bapa.
         2.  Memperketatkan penguatkuasaan undang-undang:- pihak polis, kastam, AADK.
         3.  Mengadakan kempen kesedaran:- peranan media massa.

      KESAN-KESAN
         Pengambilan pil khayal akan menyebabkan berlakunya perubahan emosi yang ketara dalam diri seseorang itu.Contohnya daripada bersikap penyayang kepada bersikap pemarah. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu akan mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam masalah sosial seperti buli, merompak, menculik dan sebagainya bagi menghilangkan tekanan emosi yang sedang bercelaru di dalam diri dan fikiran mereka.
         Selain itu, pengambilan pil khayal akan menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, mereka lebih suka untuk bergaul sesama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti pengambilan pil khayal. Hal ini akan menyebabkan mereka akan mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu kerana keluarga dan rakan-rakan yang selama ini memantau dan menasihati mereka ke arah bersikap positif telah mereka pinggirkan. Justeru, mereka akan merasakan dirinya bebas dan sewenang-wenangnya boleh melakukan apa sahaja yang terlintas di pemikiran mereka seperti melibatkan diri dalam masalah sosial.

      PIL KHAYAL...KEPERLUAN ATAU KEINGINAN?
         Sesetengah menganggap pengambilan pil khayal pada permulaannya sebagai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Setelah dicuba mereka akan ketagih dan berkeinginan untuk mengambil lagi. Hal ini akan menyebabkan suatu keinginan akan berubah menjadi suatu keperluan. Namun begitu, ia bergantung kepada individu itu sendiri bagi meninggalkan terus atau terus menjadikan pengambilan pil khayal sebagai keperluan dalam hidup mereka.

      KESIMPULAN
         Amalan gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang individu itu akan mempengaruhi personaliti diri mereka. Oleh itu, seseorang yang menjadikan pil khayal sebagai keperluan dalam hidupnya akan mudah terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti masalah sosial yang hangat diperkatakan oleh semua pihak. Justeru, semua pihak mesti memandang serius terhadap masalah ini supaya ianya dapat diatasi dengan segera. Hal ini demikian kerana, seseorang individu merupakan tonggak kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang.

      NUR FARHAN BINTI HASSAN 
      205289

      4 comments:

      1. pil ecstasy, khayal dya berapa lama bru org 2 blh sedar ?

        ReplyDelete
      2. pil ni boleh buat org lupa apa yg dia dah buat kan?

        ReplyDelete
        Replies
        1. tak .yg boleh lupa apa yg org tu buat itu Erimin 5

          Delete
      3. pil ni boleh buat org lupa apa yg dia dah buat kan?

        ReplyDelete