Dewasa ini,semakin banyak koleksi tudung yang berada di pasaran. Kemunculan koleksi-koleksi ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Terserlah ayu melihat gadis-gadis remaja masa kini bertudung litup dan tampak begitu sopan pada pandangan mata masyarakat. Terdapat juga di antara mereka yang dahulunya tidak bertudung,kini begitu manis berpenampilan baru dengan bertudung. Namun,adakah mereka semua melakukan penghijrahan tersebut atas dasar kesedaran diri mereka sebagai seorang wanita islam atau pun sekadar untuk berfesyen?
FESYEN ATAU TUTUTAN SYARIAT?
Pada pandangan saya sendiri,kebanyakan mereka bukanlah menukar imej tersebut kerana sedar akan tuntutan islam yang menyeru semua insan yang bergelar wanita menutup aurat untuk tujuan mengelakkan fitnah dan terhindar dari bahaya zina tetapi sekadar untuk berfesyen dan mengikut trend terkini kononnya. Bertudung kini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ianya berbeza dengan zaman sebelum ini. Dahulu, seseorang yang bertudung merupakan seorang yang di sanjung tinggi oleh masyarakat dan di anggap mempunyai nilai-nilai moral hidup yang murni dalam diri mereka. Bagi mereka yang tidak bertudung pula, mereka tidaklah di pandang hina oleh masyarakat cuma mereka dianggap biasa sahaja. Walaupun mereka tidak bertudung, masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidaklah terlalu ketara. Berbeza dengan wanita melayu masa kini yang terlalu ramai terlibat dengan gejala sosial negatif. Tidak ketinggalan mereka yang bertudung juga terlibat sama. Kebanyakan dari mereka yang bertudung ini lebih cenderung kepada gejala negatif seperti berzina,khalwat,homoseks dan lain-lain lagi. Bukan kegiatan tidak bermoral ini sahaja yang menjadi masalah bagi mereka. Cara pemakaian mereka juga tidak menggambarkan diri mereka sebagai seorang muslimah.
MENGAPA INI BOLEH BERLAKU?
Desakan atau latar belakang ahli keluarga mereka.
Ada di antara mereka yang bukan di atas kerelaan mereka sendiri untuk bertudung. Mereka bertudung kerana sama ada desakan daripada ahli keluarga mereka ataupun latar belakang ahli keluarga mereka yang begitu mementingkan soal agama. Pergerakan mereka juga mungkin agak di kawal.
Pengaruh dari rakan atau kejutan budaya.
Sesetengah individu bertudung yang terlibat dengan masalah sosial ini berkemungkinan kerana pengaruh rakan ataupun kejutan budaya apabila ke sesuatu tempat. Sebagai contoh jika sesorang itu merupakan anak kesayangan keluarga. Sudah pasti segala pergerakan mereka akan di pantau dan di jaga. Mereka akan berasa terkongkong dan tiada kebebasan. Apabila mereka berjauhan dengan keluarga,mereka berasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan sehingga tidak terkawal kemahuan itu.
Kurang didikan agama
Didikan agama adalah sangat penting bagi kita sebagai umat islam. Didikan agama ini perlulah diterapkan sejak kecil lagi. Ianya tidak bermakna sekiranya kita mengajar anak-anak berbuat baik tapi kita sebagai ibubapa tidak menunjukkan sikap yang baik. Sejak kecil,anak-anak perlulah diterapkan nilai-nilai murni dalam diri.
Terikat dengan peraturan
Peraturan yang ditetapkan telah memaksa sesetengah individu untuk memakai tudung. Sebagai contoh di sekolah. Peraturan sekolah mengkehendaki pelajar perempuan supaya memakai tudung. Hal ini menyebabkan mereka yang tidak bertudung untuk bertudung. Selepas waktu persekolahan, mereka akan membuka tudung. Ada di antara mereka yang baru selangkah keluar dari kawasan persekolahan sudah membuka tudung. Manakala disesetengah institusi lain, mereka bertudung kerana ingin menutup pelanggaran peraturan yang telah mereka lakukan seperti mewarnakan rambut.
BERTUDUNG TETAPI TERLIBAT DENGAN GEJALA SOSIAL
Pada zaman ini memang banyak gejala sosial yang melibatkan remaja. Bagi remaja perempuan yang bertudung juga,mereka tidak terkecuali. Selalunya golongan ini terlibat dengan zina,khalwat,pembuangan bayi, dan banyak lagi.
Kini,di dada akhbar banyak menyiarkan berita tentang kes khalwat yang semakin berleluasa melibatkan golongan pejajar khususnya. Apabila di lihat, ada du antara mereka yang tertangkap adalah golongan pelajar yang memakai tudung. Hal ini juga sekaligus mencampakkan mereka ke arah penzinaan pula. Terlanjur perahu boleh di undur,terlanjur perbuatan binasa. Maka lahirlah anak-anak luar nikah yang kelahirannya bukan atas kehendaknya yang mahukan dirinya memegang status anak luar nikah.. Bagi menyembunyikan perbuatan dusta ini, mereka sanggup membuang bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Kadang-kadang hingga menyebabkan bayi tersebut kehilangan nyawa tanpa dapat mengenal siapa ibu bapa mereka. Perlakunya pula hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka melakukan hal ini bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa diejek,di hina,dan di caci oleh masyarakat. Walhal, perbuatan mereka jelas-jelas menunjukkan yang mereka adalah seorang yang hina walaupun tidak jelas di mata masyarakat tetapi di sisi Allah s.w.t.
Perbuatan mereka ini sekaligus mencemarkan imej wanita bertudung yang lain,yang benar-benar mengikut tuntutan agama. Selain itu juga, imej agama islam sendiri sudah terjejas dek perbuatan mereka. Ada juga diantara mereka yang bertudung tidak terlibat dengan gejala sosial. Tetapi cara pemakaian mereka yang tidak menggambarkan imej sebagai seorang wanita muslimah. Mereka bertudung tetapi menampakkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya di tonton oleh masyarakat khususnya kaum adam. Hal ini akan mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dinegara ini.
KESIMPULAN
Sebagai seorang insan yang bertudung, jagalah penampilan dan perlakuan kita agar imej bertudung tidak di pandang rendah oleh pihak lain selain untuk menjaga nama islam sendiri. Tidak bermakna kita tidak boleh berfesyen,tetapi biar berpada-pada dengan menjaga batas-batas dalam berpakaian.
MUTIARA KATA
Wanita ibarat bunga... Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara Yang kekal menjadi pujaan manusia Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu
NUR DIANA BINTI JAILANI
205197
No comments:
Post a Comment