Pengenalan
Gaya hidup masyarat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Salah satu faktornya ialah kerana bilangan wanita bekerjaya semakin meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah. Oleh itu, solusi bagi masalah ini ramai yang memilih untuk membeli makanan segera seperti Marry Brown, Pizza Hut, dan Burger King kerana mudah dan cepat disediakan. Namun, sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang di masak di rumah?atau hanya mampu memberi kelazatan semata-mata.
Keburukan memilih makanan segera sebagai diet utama.
Mempunyai kandungan Monosodium Glutamat (MSG) yang tinggi.
MSG merupakan penambah perisa yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Golongan yang menggunakan MSG sebagai penambah perisa dalam makanan lebih berisiko tinggi berdepan masalah obesiti berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori yang sama.
Faktor –faktor masyarakat memilih makanan segera.
Kelazatan
Memang tidak dinafikan kebanyakan makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik kita untuk mencubanya. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.
Kesibukan hidup
Kesibukan masyarakat terutamanya di bandar kini telah mendorong mereka memilih makanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang telah siap tersedia kerana setelah pulang dari bekerja mereka tidak perlu lagi menyiapkan makanan. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC Donald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut telah memudahkan mereka untuk memilih pelbagai sajian makanan. Selain itu, makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini menyebabkan pengguna tidak mempedulikan lagi makanan yang seimbang asalkan ia menjimatkan masa dalam penyediaannya.
Iklan dan promosi
Kewujudan produk-produk makanan segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini kerana pelbagai iklan telah di paparkan termasuk di dada- dada akhbar dan di kaca televisyen. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik dan dewasa.Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan seperti ini. Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.
Langkah –langkah dan saranan untuk mengurangkan pengambilan makanan segera.
Keperluan mendidik anak-anak sejak kecil tentang khasiat makanan.
Memberi penekanan dalam mendidik kanak-kanak daripada ibu bapa adalah penting kerana mereka boleh megetahui apa itu makanan segera serta komposisi nutrien yang terdapat dalam makanan tersebut. Ibu bapa juga haruslah memantau pemakanan anak mereka dan membekalkan makanan yang mengandungi semua khasiat seperti protein, karbohidrat, serat dan kalsium. Cara ini dapat mengurangkan pengguna memilih makanan segera.
Membudayakan amalan membaca label pada makanan.
masyarakat perlu membudayakan amalan membaca label untuk memastikan makanan yang dipilih adalah berkhasiat. Oleh itu disarankan semua pengusaha makanan segera mempunyai maklumat komposisi makanan yang mudah dibaca oleh pengguna agar mereka boleh memilih makanan segera yang berkhasiat.
Fungsi iklan
Pengiklanan pula tidak seharusnya diharamkan tetapi dilakukan secara positif dan informatif seperti mengiklankan makanan segera atau snek yang berkhasiat sahaja dan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan perlu disekat. Pengiklanan yang memberi tumpuan kepada alat permainan yang disertakan bersama snek perlu diberhentikan. Semua pihak termasuk pengusaha makanan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan memastikan maklumat tentang makanan adalah tepat bagi kebaikan pengguna.
Penutup
Pengambilan makanan segera perlu dikurangkan dan digantikan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran selain menjalani aktiviti riadah dan bersukan supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik. Pengguna seharusnya bijak dalam memilih makanan dan menjaga kesihatan agar sebarang penyakit yang berbahaya dapat dielakkan dan mutu hidup dapat ditingkatkan
oleh : maizan binti ahmad kamal
206582
TERBAIK.....
ReplyDeleteDiam bodo
ReplyDeleteThank yiur.. Sngat bermanfaat
ReplyDelete