Pengenalan
di zaman melenium yang serba canggih kini, manusia sering terdedah dengan hiburan yang dibawa oleh arus kecanggihan dunia digital yang pelbagai.kecanggihan teknologi ini telah mengubah dunia kepada satu paradigma yang lebih efisyen,cepat dan mudah.filem adalah salah satu contoh daripada media fotografi dan merupakan sumber komunikasi melalui expresi cereka yang disalurkan kepada penonton sebagai penerima masej.pelbagai genre filem dipersembahkan seperti komedi,romentik,seram dan sebagainya.
Unsur-Unsur Filem Barat
unsur filem barat sudah pasti memebawa unsur kebaratan sebagaimana penggiat filem kita mempermainkn budaya ketimuran dalam produk filem mereka.penonjolan budaya yang ditampilkan filem dalam barat banyak terselit adengan ganas,perang, pengambilan dadah dan arak, luncah, tidak bersopan, hasad dengki, mementingkan diri dan kebendaan. penggunaan bahasa asing atau bahasa rojak adakalanya membawa maksud yg kasar serta luncah sering menjadi ikutan remaja.
Sebab Remaja Terpengaruh Dengan Filem Barat
remaja satu peringkat usia dimana mudah terpengaruh serta gemar mencuba sesuatu yang baru. remaja begitu proaktif bagi mengaplikasikan diri dengan penggunaan alat-alat teknologi seiring dengan era teknologi canggih kini.remaja begitu sinonim dengan filem. kemajuan zaman teknologi memudahkan golongan remaja mendapat dan menonton cerita-cerita dari filem yang tidak sewajarnya. remaja pastinya gemar menonton corak jalan cerita yang pelbagai seperti keganasan dan imaginasi yang sering ditonjolkan oleh filem-filem barat.
Akibat Daripada Pengaruh Filem Barat
terjadi kes-kes jenayah,pembunuhan,pergaulan bebas,serta pengambilan dadah dan arak dikalangan remaja. perubahan anak-anak remaja sekarang yang jauh berbeza sebagai anak timur dari segi pemakaian, pertuturan, gaya hidup dan keperibadian.
Cara Mengatasi
kegiatan penjualan video atau dvd tanpa tapisan oleh sesetengah pihak perlulah diambil perhatian dan setiap aktiviti mereka perlulah dipantau. penghasilan dan penghayatan yang menarik dari filem malaysia adalah titik tolak penerimaan penonton khususnya remaja agar mereka lebih tertarik dengan budaya ditempat sendiri.
pendidikan agama dan pengawasan daripada ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sumber hiburan terutamanya filem yang ditonton oleh anak-anak adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Kesimpulan
golongan remaja sepatutnya manghabiskan peringkat usia mereka dengan memperoleh ilmu didikan yang sewajarnya untuk bekalan di masa hadapan,bukannya terus bergelumang dengan melibatkan diri dengan masalah-masalah yang merugikan diri mereka.
NORAINI BTE HASHIM
(205233)
No comments:
Post a Comment