Wednesday, August 18, 2010

PENGGUNAAN PRODUK 3 DALAM 1

PENGGUNAAN PRODUK 3 DALAM 1

Definisi produk 3 dalam 1
3 dalam 1 bermaksud terdapat penggabungan antara 3 bahan di dalam sesuatu produk bagi mendapatkan hasil yang lebih bagus untuk kepuasan pengguna. Ianya pasti mudah, pantas dan menjimatkan kos. Pengguna tidak perlu mengeluarkan belanja untuk 3 jenis produk kerana melalui produk 3 dalam 1 mereka hanya perlu membayar untuk satu harga sahaja tetapi mampu mendapat kepuasan setanding dengan 3 jenis produk.

PRODUK 3 DALAM 1, MENGUNTUNGKAN @ MEMUDARATKAN?



Baru baru ini, heboh diperkatakan di dada-dada akhbar tentang bahaya penggunaan produk minuman 3 dalam 1. Apa yang dapat kita perhatikan, semakin hari semakin banyak syarikat minuman muncul memperkenalkan produk minuman 3 dalam 1. Mereka berlumba-lumba dalam mengiklankan produk masing-masing.
Orang ramai dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu kandungan nutrient produk 3 dalam 1 yang mahu dibeli dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan menarik produk tersebut.
Menurut setiausaha kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengambilan apa sahaja produk tersebut secara berlebihan pasti mendatangkan kemudaratan apatah lagi jika penggunanya tidak mengetahui kandungan sebenar nutrient. Ia penting kerana terdapat sesetengah produk minuman tersebut mengandungi jumlah kafein yang berlebihan. Pastinya ia tidak elok untuk kesihatan.
Namun ada sebuah syarikat pengeluar produk 3 dalam 1 iaitu Coffee Omega (M) Sdn.Bhd mendakwa produk keluaran itu tidak mengandungi gula yang tinggi.


PENGGUNA PRODUK 3 DALAM 1 MUDAH MENDAPAT DIABETES?
Lazimnya produk ini menjadi pilihan utama kerana ia mudah disediakan. Kekerapan mengambil produk ini dalam sehari mungkin boleh menimbulkan masalah kepada pengguna.
Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu the gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetes dinasihatkan supaya mengawal pengambilan gula bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah, kita perlulah bijak dalam menilai kesan-kesan baik mahupun buruk tentang sesuatu ptoduk, terutamanya produk jenis 3 dalam 1. Kita perlu mengutamakan kesihatan dalam apa jua keadaan agar penyakit-penyakit serius di negara kita dapat dikurangkan kadar jumlahnya. Kita perlu sedar produk yang nampak bagus melalui iklan tidak semestinya selamat untuk digunakan.
NORAIDA BINTI ABDULLAH
207310

No comments:

Post a Comment