Wednesday, August 18, 2010

KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

KEHIDUPAN BERMASYARAKAT



Masyarakat yang tingal di Malaysia ialah masyarakat yang majmuk.Rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum melahirkan masyarakat yang berbilang bangsa.Antara kaum yang tinggal di Malaysia ialah melayu,cina,india serta kaum-kaum etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak.Oleh yang demikian,semua kaum harus bersatu padu serta berganding bahu bagi mengekalkan keharmonian yang telah dibina setelah sekian lama.Walaupun di ancam dengan pelbagai jenis gejala sosial seperti lari daripada rumah,bohsia,bohjan,pembuangan bayi,pergaulan bebas,merempit dan sebagainya.Namun,kesejahteraan masih wujud dengan adanya masyarakat yang bersatu padu.

Peranan dalam menjaga kebajikan penduduk setempat
Semangat kejiranan yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.Untuk memenuhi hasrat ini,pelbagai jawatankuasa boleh di wujudkan seperti jawatankuasa pembelajaran anak-anak.Ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan masalah serta mengadakan program-program yang dapat meningkatkan mutu pelajaran mereka.Tambahan pula,menerusi penubuhan jawatankuasa pembangunan Insan Remaja maka pelbagai aktiviti dapat diatur bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi,program jati diri dan sebagainya.Maka dengan berjalannya program seperti ini,kebajikan masyarakat setempat akan sentiasa terjamin dan terjaga.Bak kata pepata melayu,alang- alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan dan janganlah mengamal sesuatu pekerjaan itu seperti ayam berak kapur.

Kemakmuran dan kesejahteraan adalah salah satu daripada kunci utama semangat perpaduan antara kaum di Negara Malaysia.Ini kerana,perpaduan dan kemakmuranlah yang menyebabkan sesuatu perhubungan itu boleh terjalin dengan baik.Tanpa perpaduan,negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan kehidupan bermasyarakat sedikit demi sedikit akan terhakis begitu sahaja.Apabila kita mempunyai jiran yang baik,kita haruslah percaya bahawa jiran kita itu berjaya memupuk semangat toleransi,saling percaya mempercayai dan perkongsian yang bijak antara sesama jiran.



Faktor-faktor semangat kehidupan bermasyarakat
Semangat kunjung- mengunjung haruslah ada pada setiap diri manusia masing-masing.Apabila kita meluangkan sedikit sahaja masa kita berkunjung kerumah jiran dapat lagi kita mengeratkan hubungan kita sesama jiran.Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau melawatnya.Masa yang di ambil untuk berbicara,mengenali dan menyelami diri masing-masing,suka duka di kongsi bersama jiran terdekat.Oleh yang demikian,masa yang di ambil untuk berkunjung ke rumah jiran hendaklah sesuai dengan waktunya supaya dapat mengingatkan diri kita agar kunjungan kita itu tidak menggangu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif.Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran di lakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hai perayaan tertentu.
Amalan menghulurkan bantuan kejiranan adalah kemuncak hubungan kejiranan yang baik iaitu apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa yang di perlukan.Pengorbanan yang seumpama ini sememangnya tidak mudah di lupakan oleh sesiapa pun apatah lagi jiran yang terdekat.Ikatan kasih sayang sesama jiran akan semakin kuat apabila kita kerap menolong jiran pada masa mereka memerlukan pertolongan kita.Di samping itu,amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun mereka berpindah rumah.Amalan yang seperti ini hendaklah di lakukan oleh setiap manusia yang hidupnya berjiran.
Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan halaman rumah,kawasan kampung,masjid,kubur dan sebagainya ataupun bantu-membantu menyiapkan pekerjaan yang terbengkalai seperti membaiki rumah dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan menyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.Aktiviti seperti ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kearah satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan,memelihara alam sekitar,membantu jiran-jiran dan sebagainya.Dengan adanya amalan sebegini,maka wajarlah ia di hidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni seperti peribahasa melayu mengatakan bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat.
Program seperti mengadakan program perkelahan keluarga adalah salah satu rangcangan yang paling bijak dalam menjalin kemesraan penduduk setempat.Rancanglah dan manfaatkan sebaik mungkin ke destinasi-destinasi pelangcongan yang banyak terdapat di negara kita bagi menjayakan program ini seperti Pulau Langkawi,Pulau Pangkor,Hutan Lipur,Cameron Highland,Zoo Negara,Pulau Tioman dan banyak lagi tempat-tempat percutian yang menarik di Malaysia.Banyak aktiviti yang dapat di susun dan di jalankan untuk mengisi program tersebut.Kanak-kanak,orang dewasa serta keluarga dapat bermain dengan permainan yang telah di aturkan.Permainan tersebut adalah seperti tarik tali,lari dalam guni,lari ikat kaki,tiup belon,cari coklat dalam tepung,mencari harta karun dan sebagainya.Berlangsungnya aktiviti seperti ini,keseronokkan yang di rasai secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan kejiranan.Sikap bertolak ansur,saling faham memahami,meningkatkan kesabaran,saling bertukar pendapat dan sebagainya adalah salah satu cara dalam mongorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan.

Konklusinya
Maka sesungguhnya, jelaslah bahawa peranan berjiran sangat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu,Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita,namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.Kekuatan semangat kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwah islamiah dan kasih saying yang kadang kala melebihi daripada keluarga sendiri.Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat di cegah degan semangat kerjasama,perihatin dan kesatuan sesama jiran sesuai dengan pepatah melayu jiran sepakat membawa berkat.

SITI MARIAM BINTI ISMAIL
207324

No comments:

Post a Comment