Wednesday, August 11, 2010

hidup berpasangan

hidup berpasangan atau bercinta...

membawa peti dari Melaka,
berisi pakaian Si Anak Raja,                             
kalau hati sudah merasa suka,
semua keadaan indah dimata.

Pengenalan
Remaja tidak dapat lari dari perasaan cinta,walaupun orang dewasa bercinta tetapi kehangatan darah bercinta lebih hangat kepada remaja.Semasa bercinta semuanya indah,apabila putus hilanglah manisnya.Mengikut Kamus Webster,cinta merupakan simpati emosi yang lahir dari akal dan dibangkitkan oleh keindahan terhadap sekeliling.Dalam entri ini,saya ingin membincangkan mengenai kelebihan dan keburukan hidup berpasangan atau bercinta.Secara keseluruhannya,dinasihatkan agar remaja khususnya bagi yang masih menuntut supaya mengelakkan diri daripada terjerumus ke alam percintaan.

Faktor-faktor terjerumus dengan alam percintaan
Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan remaja terjerumus ke dalam permasalahan bercinta.Antaranya ialah tidak mempunyai jati diri yang benar-benar kental.Budaya terikut-ikut dengan kawan yang bercinta banyak menyumbang kearah ini.Remaja juga terlupa dengan tujuan asal atau matlamat sebenar.Pada usia remaja mereka sepatutnya fokus sepenuh masa dengan pelajaran untuk masa depan yang gemilang,cemerlang dan terbilang.Faktor seterusnya ialah seseorang itu gagal mengawal emosi secara rasional dan matang.Percintaan adalah lumrah emosi dalam kehidupan manusia.Oleh itu,timbul persoalan,cara yang terbaik untuk pelajar itu membahagikan masa antara percintaan dan pelajaran.Kurangnya kasih sayang dari keluarga dan didikan agama yang kurang dipraktiskan dalam kehidupan merupakan faktot utama yang menyebabkan remaja terjerumus ke dalam masalah cinta.

Tanda-tanda orang bercinta
Bila manusia dilanda cinta,hati mengembang bagai pahlawan,siapapun saingan berani berdepan,jangankan cuma harta,jiwa pun sanggup dikorbankan.
-mendengar sebuah lagu yang mengungkapkan perasaan cinta  dan kasih sayang,maka terukirlah senyuman dibibir
-dunia berputar terasa lebih lambat
-makan tidak enak,mandi tidak basah dan tidur tidak nyenyak.

Kelebihan hidup berpasangan

Perasaan cinta:memberi dan menerima
Perasaan inilah yang paling manis bagi pasangan bercinta.Cinta bukan hanya untuk memberi tetapi juga untuk menerima.Apabila saling memberi dan menerima itulah yang di katakan 'cinta'.Kasih sayang yang diberikan oleh pasangan membuatkan diri kita benar-benar terasa disanyangi.

Belajar lebih bertanggungjawab
Sikap ini amat penting dalam sesebuah perhubungan.Contohnya mengambil berat,memberi sokongan,dorongan,kata semangat dan lain-lain.Boleh dikatakan,masa bercinta adalah proses untuk belajar memikul tanggungjawab.Misalannya,kaum lelaki menjadikan waktu bercinta untuk belajar memimpin seseorang.Seorang lelaki akan menjadi ketua keluarga maka merekalah yang bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak.


Keburukan hidup berpasangan       
Keruntuhan akhlak merupakan implikasi yang utama dalam percintaan.kehidupan bercinta telah mengasyikkan manusia,sehingga mengabaikan segalanya.Perbuatan zina turut berleluasa,bukan sahaja melibatkan persetubuhan tetapi juga melibatkan zina tanpa kita sedar.Contohnya,zina mata,zina hati,zina tangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kemaksiatan.Seperti yang kita tahu,banyak masalah yang timbul dalam kalangan remaja.Contohnya,ponteng sekolah,ponteng kuliah,kes-kes khalwat,pembuangan bayi dan sebagainya.Pelbagai cara dilaksanakan namun tetap masih berleluasa hinggakan tidak dapat dibendung sama sekali.Kesan seterusnya ialah melalaikan remaja.Manusia atau remaja itu sendiri,terlalu indah dibuai dengan cinta hinggakan ada segelintir yang dibelenggu masalah.Bagi seorang pelajar kemungkinan besar situasi ini dapat mengganggu pembelajaran mereka.Terlalu seronok bercinta,hinggakan banyak masa dibuang tanpa faedahnya.Masa untuk belajar tidak seimbang dengan masa bersama pasangan.Namun,ada segelintir pasangan yang hangat bercinta mengatakan percintaan tidak menganggu pembelajaran mereka.Kenyatan itu tidak dinafikan sama sekali,Tetapi apabila di pantau memang agak jangal,contohnya,belajar bersama-sama namun yang dibincangkan bukanlah mengenai pelajaran kemungkinan besar mengenai hati dan persaan.




**MUTIARA KATA**
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,dan dua mata untuk melihat.Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah dikatakan cinta.

Kesimpulannya
Tidak dinafikan,setiap orang mempunyai perasaan cinta terhadap seseorang.Jika seseorang itu tidak mempunyai perasaan sedemikian,kemungkinan besar dirinya telah terjerat dengan cinta sebelum ini.Justeru,kepada pasangan yang hangat bercinta jagalah hubungan dan batasan pergaulan supaya tidak bertentangan dengan ajaran agama.

NUR IZZATULNABILA BINTI ZAKARIA
206592

1 comment:

  1. Best Online Casinos 2021 | LuckyClub.live
    Online casinos are where you can play for real money and win real money on an exciting online casino. Discover the best luckyclub games and casinos here! · No Deposit Casino · Lucky

    ReplyDelete